gambar filem yang merujuk kepada pewatakan Shariff Usman
Shariff Usman adalah
Sultan Marudu yang berperang dengan British dan James Brooke, Raja Sarawak pada
tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun Paling Bahaya di Asia. Pihak British
menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kepada Kerajaan British dan Raja
Brooke Sarawak.
Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.
James Brooke sewaktu berperang dengan Shariff Usman pernah meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya.
James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di India yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.
Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan Brunei ) di Kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.
Shariff Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu perang Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff Merum, anak Shariff Usman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu ialah tiga orang keturunan Arab ( Syariff ) dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa Shariff Usman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu. Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.
Persoalannya? benarkah Shariff Usman terbunuh di Marudu? dan siapakah Dayang Cahaya? dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah Dayang Cahaya ?
Sandokan pula adalah watak utama Novel Sandokan yang akhirnya difilemkan yang amat popular di Eropah khususnya di Itali, Jerman, Perancis dan negara-negara lain. Novel Sandokan ditulis oleh Salgari seorang penulis Itali pada tahun 1883-1884. Kisah Sandokan adalah berkisar kepada seorang hero yang akhirnya menjadi lanun kerana negerinya MALLUDU ( MARUDU ) telah dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1845. Sandokan adalah anak kepada Sultan MALLUDER ( MALLUDU ).Sandokan juga dikenali sebagai The Tiger Of Malaya.
Sandokan mempunyai seorang sahabat karib yang sama-sama menentang Inggeris yang dianggap dalam novel ini sebagai penjajah dan watak jahat. Dalam novel ini, watak Raja James Brooke, Raja sarawak juga menjadi musuh utama Sandokan.
Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris yang merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. Banyak kisah-kisah pengembaraan Sandokan dan sahabatnya ke serata pelusuk dunia.
Persoalannya?, kenapa latar cerita kedua-duanya adalah merujuk kepada negeri yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa, latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini bererti Novel Sandokan adalah merujuk kepada watak Shariff Usman Marudu.
Justeru itu, kalau orang Eropah mendewa-dewakan dan mengagumi Sandokan, kenapa kita masih meminggirkan dan tidak mendaulatkan perjuangan Shariff Usman?. Shariff Usman masih dianggap lanun sehingga waris keturunannya pun menyembunyikan identiti diri.
Ramai waris Shariff Usman di Kota Marudu, di Sugut, di Kudat, di Kinabatangan dan di serata negeri Sabah seakan melupakan perjuangan moyang mereka.
Ada juga pihak di negeri Sabah mendakwa bahawa Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada. Sandokan dipercayai berasal dari Marudu dan berhijrah ke Melapi, Kinabatangan. Peliknya novel ini memasukkan nama Limau-limauan di Teluk Marudu dalam Novel Sandokan yang menjadi Pusat Pemerintahan Marudu selepas era Shariff Usman.
No comments:
Post a Comment