Mat
Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang
terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di
Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat
Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaunnya. Mat Salleh
berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam
dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu
lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.
Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada
keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung
Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang
kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin
orang-orang Sabah menentang Inggeris.
Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat
serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan
Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang
bangsa.
Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi
menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat
Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang
lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat
sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak
dapat ditembusi peluru.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa
terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta
bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini
juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk
memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan
dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh
yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1
Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui
ajalnya'.Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap
sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang
kemerdekaan dan seorang pahlawan.
No comments:
Post a Comment