Saturday, 24 January 2015

DATU TATING.

Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.

Menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Udun, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari  terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.



DATU TATING

Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan menentang penjajah seperti Datu Tating yang menyerang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1775 di Pulau Balambangan. Beliau dengan berani menyerang British berserta para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan Iranun. Tindakan Datu Tating ini menjadi pencetus terhadap penentangan di Sabah, dan juga selepas peristiwa Pulau Balambangan, Raja Ismail dan Raja Tebuk turut membantu Sultan Mahmud menyerang Belanda di Tajung Pinang, Riau Johor pada tahun 1778, selepas itu Raja Tebuk (Raja Lanoon) turut membantu Sultan Abdullah menyerang Francis Light di Seberang Perai pada tahun 1791. Manakala Sharif Uthman menentang Inggeris di Teluk Marudu sekitar tahun 1830an, dan penentangan ini diakhiri oleh Sharif Ali di Pandasan dan Ontoros anak lelaki Antanum di Tenom pada tahun 1915.

Sedikit sebanyak mengenai beliau,

  • PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH 
  • Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan sulu. Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu. Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan. 
  • Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang. Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah- olah tidak menghormati bangsanya.   
  • Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu. Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan. 
  • Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan. Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam. Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.





No comments:

Post a Comment